Thursday, November 24, 2011

SISTEM MENURUNKAN BERAT BADAN ANDA?

Barangkali anda banyak membaca mengenai bagaimana untuk menurunkan berat badan, tips kuruskan badan, diet seimbang dan seumpamanya. Tapi sampai sekarang, ianya belum menampakkan hasil. Tentu anda rasa kecewa, bukan?

Anda berjaya menurunkan berat badan? -



Dimanakah agak silapnya?

Andainya anda masih belum nampak dimanakah kesilapan masing-masing, apakata anda ikuti langkah-langkah berikut;


1. Menitikberatkan waktu makan dan kuantiti makanan

Dalam sehari, anda boleh makan sehingga 5 ataupun 6 kali. Paling tidak pun, anda tentu akan makan 3 kali sehari. Iaitu sarapan, makan tengahari dan malam.

Cuma apa yang penting adalah anda perlu menjaga waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil.

Contohnya jika anda selalu bersarapan jam 7.00 pagi, cuba disiplinkan diri untuk bersarap dalam lingkungan waktu tersebut. Ini kerana sarapan penting bagi membekalkan anda tenaga memulakan aktiviti harian.

Contoh hidangan sarapan pagi -



Jika sering melewat-lewatkan waktu makan, tahap metabolisme anda akan menurun. Bila menurun, ia akan menyukarkan proses pembakaran lemak dan kalori dalam badan anda. Inilah sebabnya mengapa anda masih tak berjaya untuk kelihatan langsing.

Begitu jugalah dengan kuantiti makanan yang diambil. Pastikan ianya bersesuian dengan diet anda. Jika nak senang, berhentilah makan sebelum kenyang.

2. Diet yang Betul

Anda sepatutnya memilih makanan yang bergizi lengkap. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan lemak. Cuma, pastikan makanan yang diambil tadi rendah lemak atau rendah kalori.

Ingat, amalkan diet yang betul serta seimbang tau. :)

Contoh Menu untuk Diet -



3. Minum Susu Rendah Lemak dan Berkalsium Tinggi

Sebaik-baiknya, anda minulah susu rendah lemak dan berkalsium tinggi setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan kalsium dalam tubuh anda.

Saya tahu ramai yang kurang menggemari susu rendah lemak ni, tapi ia sememangnya baik untuk diet anda.

Susu Rendah Lemak

4 comments:

gerbera said...

Saya kalau bgn je tak kira la pukul 5 pg ke mesti nak kena breakfast. Kadang2 kalau pegi overnight kat rumah orang saya bawak milo instant sebab kadang2 org pukul 10am baru nak breakfast.
:)

me said...

mak i bagusnya....tp awk mmg maintain kan..best la...sy nak belajo dr awk cam ner awk leh turunkan berat badan...tp yg best smlm org kata sy dah nampak susut..heheh bju lama leh pakai balik...alhamdulilah la...

gerbera said...

Hehe..saya skrg ni turun naik. Masih belum dpt berat yang saya nak. Disiplin tak kuat.Umur dah meningkat, metabolisme dah turun. Kena kerja kuat.

Bila dapat pakai baju lama tu is happiness pada org yg nak kurus ni.

me said...

sy pun sama gak ler...tu la cam ner nak kurus pun x tau la...ni pun tahan je la wat workout...mkn pun dah kurang xp still sama je...cam ner erk...payah la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...