Monday, January 9, 2012

PANDUAN MENGURANGKAN BERAT BADAN

Dalam usaha menurunkan berat badan ni kita kena cari cara macamana nak tingkatkan metabolisme badan sbb metabolisme yang tinggi boleh membantu menurunkan berat badan..antaranya ialah dengan bersenam atau pun pilih makanan yang boleh tingkatkan kadar metabolisme..kat sini kita postkan antara makanan yang boleh meningkatkan metabolisme badan

Teh Hijau: menyebabkan tubuh anda untuk membakar lebih banyak kalori.

Yogurt: protein yang tinggi yang terdapat dalam yogurt memerlukan banyak tenaga untuk diproses.pro-biotik yang di dalam yogurt juga membantu mengatur saluran pencernaan

Almond: Almond membantu meningkatkan metabolisme tubuh . Cuma jangan berlebihan kerana kalorinya yang tinggi

Kopi: mangandung kafein, yang dapat memberikan dorongan. Hanya pastikan tidak melebihi 2 atau 3 cawan sehari,.

Turkey: daging yang kaya protein yang membantu membantu membina otot, yang menyebabkan tubuh anda untuk membakar kalori dan meningkatkan metabolisme.

Epal: ini adalah makanan ringan rendah kalori dan tinggi serat. tubuh membakar kalori untuk memprosesnya.dan, apple membantu kenyang lebih lama,

Bayam: bayam dapat membantu kita kuat dan sihat. Selain mempercepat metabolisme , ini merupakan sumber antioksidan, magnesium, kalium, zat besi dan vitamin C.

Kacang-kacangan: Rendah lemak dan kaya dengan protein, kacang-kacangan membuat kenyang lebih lama, dan tubuh kita membakar kalori untuk memproses makanan kaya serat ini.

Brokoli: Brokoli mengandung zat yang sangat efektif untuk meningkatkan metabolisme: kalsium dan vitamin C. Kalsium berfungsi sebagai pemicu metabolisme, sementara vitamin C membantu tubuh menyerap lebih banyak kalsium.
Susu: kaya dengan kalsium, yang membantu meningkatkan metabolisme. Cuba cari susu yang rendah lemak dan tinggi kalsium

Kari: Seperti jalapeños, kari meningkatkan jumlah kalori tubuh anda terbakar dan mempercepat metabolisme.
Kayu Manis: Tambahkan beberapa potong ke dalam secawan teh harian anda, ia dapat membantu untuk meningkatkan metabolisme . Kayu manis juga dapat membantu menurunkan kolesterol.

Hai..Kat sini nak tambah lagi info camaner kita boleh turunkan berat dengan lebih berkesan dan yang lebih penting, sihat..

1. Kita Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan kita rasa cepat kenyang so kurangla rasa nak makan atau tambah lagi..

2. Makanan yang tidak sihat macam junk food tu kita kurangkan sedikit demi sedikit. Bukan dalam sehari terus buang semua sebab kebanyakan junk food ni mmg sedap dan susah kita nak resist..Makan makanan yang kurang lemak. kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih

3. Cuba makan nasi sikit jer dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.

5. Kalau terbangun dari tidur pada waktu malam dan rasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan skip waktu makan dengan tujuan nak turunkan berat badan cepat. Kalau buat macamni yang berjaya turun ialah metabolisme badan jer. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan kerana ia akan membuatkan kita makan lebih dari sepatutnya. Sebab tu kita perlu makan 5-7 kali hidangan sihat dalam sehari untuk kawal nafsu makan kita.

8. Kalau gagal jugak kawal nafsu makan, boleh ambil buahan sebagai snek .Boleh juga guna produk diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi akan sia-sia kalau tidak ikut cara pemakanan yang betul dan sihat.

9. Lebihkan aktiviti fizikal . Latih diri kita berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Tidak semestinya kita pergi ke gym atau berjogging . Objektif utama bakar lebih banyak kalori. Kalau pegi shopping tu cuba park kereta lebih jauh dari pintu masuk and why not gunakan tangga instead of lif...

SO....mmg kita boleh berjaya pon kalau kita ikut semua tips2 ni...BUKTIKAN ANDA BOLEH!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...